Ahad, 26 Mac 2017

LADAP LUKISAN REKABENTUK / REKACIPTA SMK SERI KEMBANGAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Berikut adalah butir-butir tentang Video di bawah

Tajuk : Ladap Lukisan Rekabentuk / Rekacipta
Penceramah : Dr. Hariri (UiTM)
Venue : Bilik Tayang, SMK Seri Kembangan
Tarikh : Mac 2017


LADAP MASAKKAN SMK BANDAR TASIK PUTERI 2015

Asslammualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Untuk makluman, video ini sebenarnya sudah lama dalam simpanan, tetapi baru sahaja berkesempatan untuk edit. Maaf atas segala kelewatan bagi pihak yang terlibat.

Tajuk Video : Ladap Masakkan
Penceramah : En Shawal (UPM)
Venue : Bilik Masakanm SMK Bandar Tasik Puteri
Tarikh : Mac 2015


Sabtu, 25 Mac 2017

PERTANDINGAN MENULIS ESEI 'THE CASSINI SCIENTIST FOR A DAY 2017'


Untuk maklumat lanjut sila klik pautan berikut : The Cassini Scientist For A Day 2017

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2017


1.0 Pengenalan
  1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan Digital StoryTelling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP. 
  2. Pertandingan ini diharapkan dapat menghasilkan
    1. minat dalam industri animasi,
    2. galakan pembangunan bahan kreatif melalui teknologi melalui kerjasama murid dan guru, serta
    3. pembudayaan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.
2.0 Pelaksanaan
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.
  2. Setiap negeri dimohon memilih dan menghantar satu (1) klip animasi terbaik dari kategori Sekolah Rendah dan Menengah. Pemilihan animasi terbaik akan ditadbir urus oleh BTPN masing-masing. Sekiranya terpilih, kumpulan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput ke majlis Anugerah Pembestarian Sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2017. Segala tuntutan perjalanan, makan/minum dan penginapan ke majlis anugerah tersebut walau bagaimana pun tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 1 Ogos 2017

WHAT'S WRONG HERE?

Video hasil idea pelajar-pelajar SMK Bandar Tasik Puteri. Semoga idea kalian dikira sebagai ibadah dan memberi faedah kepada semua. Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Aamiiiin...


PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM 2018


PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2017

Permohonan PISMP Ambilan  2017 secara atas talian akan bermula pada
  • 23 Mac 2017, 02:00 PM sehingga 30 Mac 2017, 11:59 PM

Maklumat lanjut

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Program Jelajah Pendidikan KPM pada

  • 25 dan 26 Mac 2017
  • Perkarangan Mydin Mall Kuala Terengganu, Terengganu
  • 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti pameran, showcase dan banyak lagi. Semua dijemput hadir.


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 1 TAHUN 2017

Semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1 Tahun 2017 pada 21-23 Februari 2017 boleh menyemak keputusan mulai 23 Mac 2017 jam 10.00 pagi di laman sesawang www.sisppa.moe.gov.my.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di talian 03-8317 9000.
*nota : Saya sudah cuba buka link yang diberi, tetapi ada masalah sikit. Saya cadangkan hubungi terus Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di talian 03-8317 9000.

DATA PENDIDIKAN KHAS 2016 KPM

Data berkaitan Pendidikan Khas di semua sekolah di bawah kawalan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jumaat, 24 Mac 2017

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019

MUNGKIN

Kata2 yg kita anggap biasa,
Mungkin bagai pisau bg yang mendengar bicara,

Gurau yg kita anggap ringan,
Mungkin bisa meruntuhkan suatu jalinan,
Ego yg kita anggap sebagai ketegasan,
Mungkin jalan ke arah kesunyian
Kerja yg kita anggap cemerlang,
Mungkin ilusi satu temberang
Dugaan yg kita anggap satu bebanan,
Mungkin terselindung sejuta keindahan

18/01/2017

BERTAUBATKAH AKU?

Tersentak ku dari lena,
Dibius kerakusan nafsu dunia,
Steroid paranoid membelengu jiwa,
Stereotaip kemewahan dunia yg dikejarnya,
Melupakan matlamat diturunkan ke dunia,
Sebagai hamba Tuhan Maha Esa,
Sebagai khalifah meneraju dunia,
Memacu dunia berlandaskan cinta pada NYA,
Ya ALLAH ampunkan kelekaan hambaMU,
Dosa berganda dari setiap penjuru,
Apakah bisa ku mencium bau syurgaMU,
Atau dicampakkan aku ke dlm nerakaMU,
Sesungguhnya KAU tahu diriku tak mampu,
Melakukan apa sahaja tanpa redhaMU,
Kemewahan dunia bila dirahmati MU,
Tangisan rindu berjumpa kekasih MU,
Tangisan tanpa henti takutkan azab MU,
Tangisan syukur atas segala kurniaan MU.
Taubatku sudah berulang kali diucap,
Dosa berderetan tidak mampu diungkap,
Aku malu setiap kali ku tatap,
Kalimah2 MU yg tak bisa ku singkap,
Nasihat dan panduan yg cukup lengkap,
Bantu aku dari terus terlelap,
Jgn biarkan nur Islam ku malap,
Hanya redhaMU yg ku harap......


24/02/2015