Asslammualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Untuk makluman, video ini sebenarnya sudah lama dalam simpanan, tetapi baru sahaja berkesempatan untuk edit. Maaf atas segala kelewatan bagi pihak yang terlibat.
Tajuk Video : Ladap Masakkan
Penceramah : En Shawal (UPM)
Venue : Bilik Masakanm SMK Bandar Tasik Puteri
Tarikh : Mac 2015
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan Digital StoryTelling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.
Pertandingan ini diharapkan dapat menghasilkan
minat dalam industri animasi,
galakan pembangunan bahan kreatif melalui teknologi melalui kerjasama murid dan guru, serta
pembudayaan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.
2.0 Pelaksanaan
Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.
Setiap negeri dimohon memilih dan menghantar satu (1) klip animasi terbaik dari kategori Sekolah Rendah dan Menengah. Pemilihan animasi terbaik akan ditadbir urus oleh BTPN masing-masing. Sekiranya terpilih, kumpulan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput ke majlis Anugerah Pembestarian Sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2017. Segala tuntutan perjalanan, makan/minum dan penginapan ke majlis anugerah tersebut walau bagaimana pun tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 1 Ogos 2017
Video hasil idea pelajar-pelajar SMK Bandar Tasik Puteri. Semoga idea kalian dikira sebagai ibadah dan memberi faedah kepada semua. Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Aamiiiin...