Ahad, 26 Mac 2017

LADAP LUKISAN REKABENTUK / REKACIPTA SMK SERI KEMBANGAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Berikut adalah butir-butir tentang Video di bawah

Tajuk : Ladap Lukisan Rekabentuk / Rekacipta
Penceramah : Dr. Hariri (UiTM)
Venue : Bilik Tayang, SMK Seri Kembangan
Tarikh : Mac 2017


LADAP MASAKKAN SMK BANDAR TASIK PUTERI 2015

Asslammualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Untuk makluman, video ini sebenarnya sudah lama dalam simpanan, tetapi baru sahaja berkesempatan untuk edit. Maaf atas segala kelewatan bagi pihak yang terlibat.

Tajuk Video : Ladap Masakkan
Penceramah : En Shawal (UPM)
Venue : Bilik Masakanm SMK Bandar Tasik Puteri
Tarikh : Mac 2015


Sabtu, 25 Mac 2017

PERTANDINGAN MENULIS ESEI 'THE CASSINI SCIENTIST FOR A DAY 2017'


Untuk maklumat lanjut sila klik pautan berikut : The Cassini Scientist For A Day 2017

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2017


1.0 Pengenalan
  1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan Digital StoryTelling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP. 
  2. Pertandingan ini diharapkan dapat menghasilkan
    1. minat dalam industri animasi,
    2. galakan pembangunan bahan kreatif melalui teknologi melalui kerjasama murid dan guru, serta
    3. pembudayaan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.
2.0 Pelaksanaan
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.
  2. Setiap negeri dimohon memilih dan menghantar satu (1) klip animasi terbaik dari kategori Sekolah Rendah dan Menengah. Pemilihan animasi terbaik akan ditadbir urus oleh BTPN masing-masing. Sekiranya terpilih, kumpulan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput ke majlis Anugerah Pembestarian Sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2017. Segala tuntutan perjalanan, makan/minum dan penginapan ke majlis anugerah tersebut walau bagaimana pun tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 1 Ogos 2017

WHAT'S WRONG HERE?

Video hasil idea pelajar-pelajar SMK Bandar Tasik Puteri. Semoga idea kalian dikira sebagai ibadah dan memberi faedah kepada semua. Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Aamiiiin...


PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM 2018


PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2017

Permohonan PISMP Ambilan  2017 secara atas talian akan bermula pada
  • 23 Mac 2017, 02:00 PM sehingga 30 Mac 2017, 11:59 PM

Maklumat lanjut